Nuffnang Ads

Wednesday, 30 March 2011

Tips Penjagaan Hamster

1. Hamster yang baru dibeli

Seperti kebanyakan binatang ternakan lain seperti kucing dan sebagainya, hamster adalah binatang yang prihatin terhadap persekitarannya. Ini bermakna, ia akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan pemilik dan keadaan tempat baru. Walaupun jika dilepaskan ia kelihatan seperti mahu melarikan diri, hamster adalah binatang yang dikategorikan dalam senarai binatang ternakan jinak. Pada peringkat awalnya juga, sukar untuk menyuapkan makanan kepada hamster tetapi lama kelamaan keadaan akan berubah.
Sewaktu hamster di dalam sangkar, jangan memandai mandai untuk hulurkan jari anda jika hamster tersebut masih belum biasa dengan anda kerana kemungkinan hamster tersebut menyangkakan bahaya dan bertindak kasar dengan mencakar atau menggigit (sesetengah gigitan hamster boleh membawa luka). Jika mahu memegang hamster, belajar cara memegang dengan betul iaitu satu tangan anda menjadi tempat ia berpijak dan satu lagi tangan anda mengusap di belakangnya.

2. Tempat tinggal

Selalunya, hamster yang pertama kali dibeli akan datang sekali dengan sangkar tempat tinggal. Pertimbangkan saiz tempat tinggal bergantung kepada berapa banyak bilangan hamster yang ingin dibela.
Harganya pula berlainan mengikut saiz serta perkakasan lain yang datang sekali dengan tempat tinggal. Tempat tinggal ini juga harus disediakan ruang pengudaraan yang secukupnya, tempat tidur (bedding) yang dibuat daripada habuk kayu serta tempat menyimpan makanan dan minuman. Jangan lupa untuk menyediakan bahan bahan permainan seperti roda berpusing, sudu plastik dan sebagainya kerana telatah hamster yang suka untuk bermain.

3. Makanan dan minuman

Makanan yang paling umum dan sesuai diberi kepada hamster adalah bijjian kering proses (selalunya diimport) berserta makanan tambahan lain seperti kuaci, kekacang serta makanan proses yang telah dibungkus. Sekali sekala, anda juga boleh menukar selera dengan memberi diet yang lain seperti epal, lobak merah dan pisang dengan syarat anda membuat pemerhatian jika hamster anda menyukainya atau tidak. Pemberian makanan yang basah juga tidak boleh terlalu kerap kerana ia boleh mengganggu sistem penghadaman hamster.
Sesetengah hamster yang bersifat ‘malu’ akan dilihat ‘memakan’ dengan begitu cepat dan berlalu ke tempat persembunyiannya. Sebenarnya, ia tidak makan kesemua makanan tersebut. Sebaliknya, makanan tersebut hanya disimpan di sekitar lehernya buat sementara, dan kemudian dikeluarkan semula di tempat ‘persembunyiannya’. Selepas itu baru makanan tersebut akan dimakan sedikit demi sedikit. Untuk minuman, pastikan botol airnya mencukupi dan jika perlu, tambahkan air (air boleh jadi air kosong atau campuran air dan cecari vitamin yang dibeli di kedai).

4. Kebersihan 

Kebersihan perlu dijaga kerana jika tidak, bau yang tidak menyenangkan akan mengganggu hidup anda. Bau ini datangnya samaada dari sisa makanan, najis dan air kencing hamster yang telah lama. Jadi, luangkan masa untuk menukar bedding hamster anda sekali atau dua kali seminggu. Anda juga boleh memandikan hamster anda sedikit dengan melakukannya dengan cermat dan berhati hati. Pastikan tempat tinggal hamster anda sentiasa bersih dan kering.

4. Melahirkan anak 

Antara tanda tanda hamster bakal melahirkan anak adalah perut yang membesar serta tahap keaktifannya yang meningkat. Ia juga akan kelihatan mundar mandir di dalam sangkar seolah olah mahu keluar. Setelah kelahiran anak (setiap kelahiran mungkin melibatkan satu, dua atau beberapa ekor anak), pisahkan hamster jantan (bapa) dan biarkan si ibu bersama sama anak anaknya sehingga mereka sudah boleh berdikari tanpa bantuan daripada si ibu.

Bagaimana Mengenalpasti Mutu Air Dalam Akuarium Ikan Hiasan Anda

Untuk memastikan ikan hiasan sentiasa sihat pemelihara ikan hiasan perlulah memastikan mutu air dalam akuarium sentiasa berada dalam keadaan yang sesuai untuk ikan hidup. Terdapat 3 cara mudah yang boleh digunakan untuk mengenalpasti sama ada mutu air dalam akuarium ikan hiasan sesuai untuk ikan anda.

1. Mengukur pH Air Akuarium
PH (pH) air ialah merujuk kepada kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 – 14. Nilai 1 bermakna paling masam atau berasid (asidik). Nilai 14 pula bermaksud paling alkali. pH air yang paling sesuai untuk akuarium ikan hiasan ialah di antara 6.5 hingga 7.5. Pada kebiasaannya kertas litmus digunakan untuk menentukan nilai pH.
Untuk memastikan akuarium ikan hiasan tidak terlalu masam atau berasid (asiditik), nilai pH air perlu dipastikan atau diukur dari semasa ke semasa.

2. Menyukat Suhu Air Akuarium
Pada kebiasaannya ikan dapat hidup dengan baik pada suhu pada 26ºC hingga 27ºC. Begitu juga dengan ikan hiasan di dalam akuarium. Suhu yang terlalu tinggi ataupun rendah boleh menyebabkan ikan mati. Jadi untuk mengelakkan perkara ini berlaku, ikan hiasan seboleh-bolehnya diletakkan pada suhu bilik. Maksudnya di sini ialah jangan dedahkan akuarium ikan hiasan pada cahaya matahari secara terus (direct sunlight).

3. Memantau Bahan Beracun Dalam Akuarium
Ammonia dan nitrate biasanya wujud di dalam air akuarium ikan hiasan Bahan ini terhasil dari perkumuhan ikan yang dipelihara.Oleh kerana sistem tangki/akuarium adalah sistem yang seimbang, keadaan ini tidak memberikan kesan kepada kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar kepada bahan makanan dan baja yang berguna kepada tumbuhan akuatik di dalam akuarium.Walau bagaimanapun air akuarium yang nampak kotor atau berkeladak dengan najis (perkumuhan) ikan perlulah dirawat atau dibersihkan untuk mengelakkan bahan perkumuhan tadi daripada menjadi racun kepada ikan hiasan.


Tips Penjagaan Ikan Hiasan dan Akuarium

Penjagaan ikan hiasan dan akuarium adalah merupakan satu perkara yang mesti dilakukan oleh pemilik ikan hiasan. Ini adalah kerana penjagaan ikan hiasan dan akuarium adalah berkait rapat. Jika akuarium sentiasa bersih dan airnya sesuai untuk ikan, ikan pula diberi makan secukupnya maka ikan hiasan anda akan hidup sihat. Untuk itu di bawah ini diberikan sedikti tips untuk penjagaan ikan dan akuarium anda. Penjagaan ini boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu:

Penjagaan Harian
1. Beri ikan hiasan makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah dianggap mencukupi jika dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 1 hingga 2 minit. Jangan memberi ikan makanan yang berlebihan. Ini akan memudaratkan ikan hiasan anda.
2. Asingkan dan berikan rawatan kepada ikan yang mempunyai tanda-tanda sakit atau tidak normal. Umpamanya lemah, tidak mau makan, sisik tertanggal, perut kebung, berubah warna dan sebagainya.
3. Ikan yang mati perlu dibuang. Pastikan anda membuang dengan segera ikan yang mati. Jika tidak ia akan membahayakan ikan hiasan yang lain.
4. Pastikan semua peralatan seperti sistem pengudaraan, penapis air, pam udara dan lampu (jika ada) berfungsi dengan baik. Pastikan juga tiada kebocoran elektrik. Kebocoran elektrik akibat peralatan elektrik di dalam akuarium boleh membunuh ikan hiasan dan juga membahayakan diri anda.
5. Sentiasa pastikan kualiti kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida berada dalam keadaan yang sesuai untuk ikan hiasan hidup. Buat ujian/ukuran dengan menggunakan peralatan yang ada dijual di pasaran.

Penjagaan Mingguan
1. Menggantikan air dalam akuarium . Air sebanyak ½ atau ¼ bahagian daripada isipadu tangki perlu diganti setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu. Jangan sekali-kali ganti keseluruhan air dalam akuarium. Keadaan ini akan menyebabkan ikan hiasan tertekan kerana terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan air yang baru. Tekanan akibat penggantian air secara total boleh menyebabkan ikan hiasan anda mati. Pastikan juga anda memasukkan air yang baru sehingga ke paras yang sesuai/asal.
2. Jika anda meletakkan tumbuhan akuatik dalam akuarium, pastikan tumbuhan tersebut terurus. Buang atau cantas dahan tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi atau banyak hingga menyebabkan akuarium nampak sesak.
3. Bersihkan bahagian hadapan dalam dan luar tangki dengan menggunakan tuala kecil yang bersih. Pastikan anda membilas tuala tersebut dengan air bersih untuk menghilangkan sisa bahan pencuci.
4. Cuci peralatan penapis air dan kapas penapis air hingga bersih. Sekiranya kapas sudah terlalu kotor gantikan dengan kapas yang baru. Pastikan anda tidak membuka mesin penapis air untuk mengelakkan kerosakan. Adalah memadai dengan hanya mencuci bahagian luarannya sahaja.